19:31

Tujuan Pengujian Karangan SPM

Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam :

1.1 Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan

1.2 Melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa yang jelas dan berkesan.

1.3 Menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan keadaan yang sesuai.

1.4 Menulis dengan bahasa yang kemas, lancar, dan jelas, struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk karangan.



Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan  (30 markah)

KRITERIA PENSKORAN


PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

CEMERLANG

26 – 30
(28 – 30)
(26 – 27)








·        Karangan menepati tugasan bahan rangsangan.
·        Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.  Penggunaan tanda baca betul dan tepat.  Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.  Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
·        Wacananya lengkap.  Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.
·        Isi relevan dengan tema bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
·        Pengolahan menarik dan berkesan serta dihuraikan dengan matang.




Bahagian B : Karangan Respons Terbuka (100 markah)
KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

CEMERLANG



























80 – 100
(90 – 100)
(80 – 89)
























·        Menepati tugasan.
·        Idea yang relevan mengikut tugasan,dihuraikan dengan jelas dan matang,disertakan dengan contoh yang sesuai.
·        Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
·        Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
·        Ejaan dan tanda baca betul
·        Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis.
·        Laras bahasa sesuai dengan tugasan
·        Penggunaan  unsur bahasa bervariasi.
·        Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,pantun,cogan kata atau frasa.
·        Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai
·        Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan
                

Kesalahan-kesalahan yang perlu dielakkan oleh calon:

         (        )                  = Kesalahan isi

_________                   = kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

          /                  = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas)

//                 = Kesalahan  ejaan dan huruf besar yang
                      berulang


 

= Kesalahan tanda bacaan

0 comments:

Post a Comment