Pelajar-pelajar
sering berhadapan dengan tekanan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.
Kemukakan pendapat anda
tentang cara-cara untuk mengatasi tekanan.
Setiap
manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini
bertepatan dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan
lautan mana yang tidak bergelora.
Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan
dewasa mungkin akibat memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya,
manakala bagi remaja pula tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan
pelajaran, hubungan dengan rakan atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi
sesetengah orang, tekanan mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan,
manakala yang lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan
penderitaan sehingga tekanan yang
dihadapi itu membawa kepada pengakhiran kehidupan. Sebagai
pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada
pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaraan. Oleh hal yang demikian, sebelum
nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani
masalah tekanan.
Kehidupan yang terlalu sibuk
menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk
kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah riadah, iaitu aktiviti yang sering
dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan
riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain
badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain
futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh,
kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas mandi dan membersihkan diri, saya akan
berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat
melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas melakukan riadah, saya akan tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar
segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya
fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu
bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan
perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah
pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya menganggap
kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu meningkatkan kesihatan
diri di samping menjadi salah satu cara untuk mengurangkan tekanan.
Sesungguhnya saya amat meyakini bahawa cara kita berfikir
amat mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya kesihatan mental. Lantas, demi
memastikan saya memiliki kesihatan yang
baik tanpa menghadapi tekanan, saya sentiasa berfikiran positif apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan
sukar. Apabila menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian tersebut, sebaliknya
saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas atau
diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik batu. Berkemungkinan pujian
itu diberikan secara bersahaja, atau jika tidak pun saya menerimanya sebagai
satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan atau teguran pula yang diberikan, saya akan menerimanya
dengan minda terbuka dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu
sering mengingatkan saya bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu
sebenarnya lebih ikhlas dan memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian
yang selalunya lebih bersifat palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya
akan melakukan muhasabah diri lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar
saya tidak menerima kritikan yang sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya
saya tidak dapat menerima kritikan
tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut, lalu akhirnya
saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau. Natijahnya, saya
sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.
Saya ialah penggemar dan pencinta muzik sama ada muzik
ciptaan anak tempatan mahupun muzik antarabangsa. Seandainya muzik tidak
didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam jiwa saya yang
membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan dan keceriaan,
walaupun sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal ini bertepatan
dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah satu wahana
terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering diabaikan. Apabila
muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya sehingga di luar
kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan
menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan
diri dibuai perasaan. Seni katanya yang
melankolik akan menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah saya
turut merasakan kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut. Jika tekanan menghimpit perasaan, tanpa
disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik.
Hal ini bertepatan dengan kata-kata pujangga yang menukil bahawa muzik tak
mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa setiap manusia. Tanpa muzik juga
kehidupan akan menjadi sepi. Oleh itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati,
malah muzik seperti memiliki kuasa magis
yang berupaya mengurangkan tekanan
yang saya hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.
Saya juga menjadikan ibadat sebagai salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi. Setiap
hari saya akan mendirikan sembahyang, sekurang-kurangnya lima kali sehari
kerana sembahyang merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat,
hal ini bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, sembahyang memberikan
ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Sembahyang yang
khusyuk akan menjadikan saya melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah
saya dapat merasakan betapa dekatnya diri
saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga
menjadi bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik
Norhisham Mustaffa bahawa sembahyang merupakan senaman yang paling ampuh untuk
memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud,
darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika
saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan
tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan.
Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan
memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan
menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran
itu, saya menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan
mengurangkan tekanan yang dihadapi.
Melancong
merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan. Setiap tahun ayah dan ibu
akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah
melawat Indonesia, China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya,
setiap kali melancong saya dapat merasakan keterujaan dan kegembiraan yang
membolehkan saya melupakan segala masalah yang membelenggu fikiran. Secara
tidak langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah
yang dihadapi dapat saya atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya lupakan
sebentar. Ketika melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan
panorama negara lain di samping menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah
negara tersebut, bertepatan dengan maksud peribahasa jauh berjalan luas
pandangan. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya,
saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka walaupun kita masih dalam rumpun
yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan mempesona
berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh mereka dengan iringan muzik
gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk tatapan
pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di republik
tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya yang
amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi
membeli-belah cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan, terdapat pelbagai usaha yang saya
lakukan untuk menghadapi tekanan dalam kehidupan. Walau apa-apa pun yang
berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa menghadapi segala tekanan yang ada demi
kelangsungan hidup yang lebih bermakna. Tekanan merupakan masalah dan tekanan
juga merupakan sumber motivasi, justeru tanpa tekanan, hidup kurang berseri
umpama pokok yang tidak berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi
lebih matang dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya
masih memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam
hal ini, kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping
rakan-rakan sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak
melupakan guru yang mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu.
Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu
saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.
(1247
patah perkataan)
6 comments:
efesien atau efisien?
Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...
saya IBU ENDANG/SURWANTO seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
Assalamu alaikum.wr.wb..saya ibu dahayu member MBAH SERO
angka yang diberikan MBAH SERO kemarin 4d SGP (2536) TGL 17 NOVEMBER 2016 tembus 100% syukur alhamdulillah dapat (280.juta) terima kasi banyak MBAH atas bantuannya saya sudah bisa melunasi hutag-hutang sama rentenir bahkan saya sudah buka usaha bagi teman-teman pecinta nomor togel 2d 3d 4d mau menang seperti saya hubungi MBAH SERO di nomor hp 082 370 357 999
BalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalaLAVALABALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALA¡!!!!!¡!¡!¡¡¡!
ML ML MN
javascript:;
-£-
_
O.O
-_- ALMOST THERE!!!!!!
एसालामुआलैकुम वार्रह्मतुल्लहही वाबराकहतू सलाम सेजहतेरा तुआं दन पुआं किनी साया इंजन मेंगुकपकं साया इं अदला प्यूटरा दरी उ.स.ए!!!!! नऊ फॉलो व्हाट ई से राइट नो!!!
BalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalabalaLAVALABALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALALA¡!!!!!¡!¡!¡¡¡!
ML ML MN
javascript:;
-£-
_
O.O
-_- ALMOST THERE!!!!!!
एसालामुआलैकुम वार्रह्मतुल्लहही वाबराकहतू सलाम सेजहतेरा तुआं दन पुआं किनी साया इंजन मेंगुकपकं साया इं अदला प्यूटरा दरी उ.स.ए!!!!! नऊ फॉलो व्हाट ई से राइट नो!!!
Post a Comment