Harum
sudah cempaka hiasan,
Berpuput
semilir laungan jiwa,
Aktiviti
riadah pencetus wawasan,
Pastinya
lahir nusa wibawa
Pantun di atas jelas mengetengahkan
kepada kita betapa pentingnya aktiviti riadah. Mengapakah aktiviti riadah
kembali diperhangatkan dan menjadi polemik perbualan masyarakat? Marcapada
ini,seiring dengan era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, masyarakat
kita sering berlumba-lumba mengejar unsur kemewahan. Tanggapan kekayaan
merupakan kunci kepada segala kesenangan sudah sebati dalam kehidupan mereka
sehingga mereka alpa akan kepentingan aktiviti riadah yang menjadi salah satu
amalan dalam mempraktikkan gaya hidup sihat. Sesungguhnya, aktivit rekreasi dan
riadah yang boleh didefinsikan sebagai segala kegiatan yang dilakukan pada
waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan dan fikiran merupakan elemen yang
penting dalam menjayakan segala aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Oleh
itu, kita perlu mempunyai kesedaran terhadap kepentingan mengamalkan aktiviti
riadah dan rekreasi sebelum nasi menjadi
bubur.
Pertama, aktiviti riadah dan rekreasi boleh
menyihatkan tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana apabila kita
beriadah,kadar lemak yang terkumpul di dalam badan manusia boleh dikurangkan. Contohnya,
kita boleh berjoging pada waktu lapang,terlibat dalam aktiviti senamrobik atau
berkayak dan sebagainya. Tambahan lagi, jantung dapat mengepam darah dengan
lancar. Secara tidak langsung, pelbagai penyakit seperti penyakit jantung,
kencing manis dan darah tinggi dapat dihindarkan secara total .Dalam konteks
ini, berekreasi dan beriadah adalah
penting supaya badan kita sihat dan otak kita cerdas bak kata peribahasa
Melayu, badan cergas otak cerdas.Oleh
itu,kita perlu menjadikan aktiviti riadah dan rekreasi sebagai agenda harian
agar kesihatan badan yang hakiki dapat dinikmati kerana mencegah lebih baik daripada merawat.
Menyingkap daripada sudut perspektif
lain, aktiviti riadah yang dilakukan pada setiap minggu mampu menjadi pemangkin
untuk mengurangkan tekanan dalam diri seseorang.Bayangkan jika individu
terbabit perlu bekerja selama 60 jam dalam 5 hari,bukankah mereka akan mula
mengalami tertekan? Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan
menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah
marah,letih,lesu dan tidak bersemangat. Hal ini demikian akan menyebabkan
prestasi mereka sama ada di tempat kerja mahupun sekolah mengalami kemerosotan
dan mengundang pelbagai impak negatif seperti mendapat teguran daripada pihak
atasan,dilucutkan jawatan dan sebagainya. Dengan aktivitinya riadah,hal ini
akan membolehkan kita melakukan aktiviti yang kita gemar. Hal ini menjadi cara
yang efektif untuk menghiburkan kita. Kita dapat melupakan beban yang
ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu,
wajarlah aktiviti riadah dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk mengurangkan
tekanan yang dialami.
Sementelahan pula, melakukan
aktiviti riadah turut memberi peluang kepada kita untuk mengeratkan hubungan
antara keluarga mahupun taulan. Hal ini dapat menjadi medium ke arah pembentukan
keluarga sakinah.Misalnya, pada hujung minggu, seisi keluarga boleh turun
padang untuk melakukan aktiviti riadah bersama-sama sama ada di taman atau
padang. Bukan itu sahaja, ahli keluarga boleh berkongsi pandangan ,pendapat dan
masalah sepanjang masa mereka bersama-sama. Dengan itu,setiap ahli keluarga
boleh memahami antara satu sama lain seterusnya merapatkan jurang antara
mereka. Keseronokan melaukan aktiviti riadah juga akan lebih dinikmati dengan
adanya orang yang disayangi di sisi kita. Dalam hal ini kita akan menjadi lebih
bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk melakukan aktiviti riadah. Oleh itu,
hubungan kekeluargaan yang erat dapat dilahirkan dengan melakukan aktiviti
riadah.
Selain itu,aktiviti beriadah juga dapat
membentuk integrasi kaum. Marcapada ini,kita acap kali melihat pelbagai
aktiviti riadah yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum khususnya aktiviti
yang berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara. Contohnya aktiviti
berkayak,mendaki gunung dan meluncur. Kondusi ini akan memanifestasikan elemen
kesepakatan dalam kumpulan masing-masing. Sesungguhnya, muafakat merupakan inti kepada
perpaduan.Setiap ahli akan bersatu ibarat kata peribahasa Melayu, serumpun bagai serai,selubang bagai tebu.
Hal ini dapat menjadi medium yang efektif bagi menyatukan kaum sekali gus
membina semangat perpaduan. Oleh hal yang demikian,aktiviti riadah yang
melibatkan unsur kerjasama ibarat aur
dan tebing dapat menjadi wahana ke arah pembentukan integrasi kaum.
Dalam fasa itu, kebaikan aktiviti
beriadah yang dapat dinikmati ialah mengelakkan remaja daripada terlibat dalam
masalah sosial. Hal ini demikian kerana masa lapang remaja dapat diisi dengan
aktiviti yang menghiburkan dan menyeronokkan kerana masa itu emas. Masa senggang seorang remaja agak banyak kerana
tidak perlu menanggung tanggungjawab seperti orang dewasa. Seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi secara
bijaksana,remaja akan terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang
kurang berfaedah seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan
berbual-bual kosong ibarat menghitung
bulu kambing. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti riadah,mereka tidak
akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai keseronokan
aktiviti riadah, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam minum air. Oleh itu, remaja dapat menghindarkan
daripada terlibat dalam masalah sosial dengan melakukan aktiviti riadah.
Secara tuntas,kita perlu mencapai
kesedaran yang tinggi dalam usaha mengamalkan aktiviti riadah dan rekreasi.
Semua pihak perlu berganding bahu ibarat aur dengan tebing bagi menanamkan
kesedaran dalam diri masyarakat mengenai kepentingan aktiviti riadah dan
rekreasi dalam kehidupan seharian bagi melahirkan generasi masa hadapan yang
sihat seterusnya menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.
Disediakan
oleh: Khairunnisak bt Hassni,Ida Nur Izzaty bt IKhwan Goh,Siti Hawa bt Mahfar
dan Nur Baiti Bt Mohd.Aini (5 Sc 1)
20 comments:
awesome essay!! thanks a trillion.
Karangan yang amat membantu..thanks guys! ^^
Karangan yang amat membantu..thanks guys! ^^
Kepada admin.. adakah betul penggunaan mula mengalami tertekan.. ataupun mula mengalami tekanan.. sekian dan harap maklum
Kepada admin.. adakah betul penggunaan mula mengalami tertekan.. ataupun mula mengalami tekanan.. sekian dan harap maklum
Karangan yang membantu penghasilan idea yang lebih kritis
Sujud syukur saya ucapkan kepada ALLAH SWT dan saya sekeluarga sangat berterima kasih banyak kepada KI WARA atas bantuannya saya bisa mendapatkan dana ghoib dan alhamdulillah BENAR2 berhasil karna sekarang ini kehidupan saya jauh lebih baik dari sebelumnya dan semua utang2 saya sudah pada lunas semua,,!!! jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi KI WARA 085242894584 ini lah kisah nyata dari saya…beliau juga memberikan pesugihan,jual tujul,uang ghaib,bulu perindu
Karangan yang membantu penghasilan idea yang lebih kritis
Assalamualaikum Salam sejahtera untuk kita semua,
Sengaja ingin menulis sedikit kesaksian untuk berbagi, barangkali ada teman-teman yang sedang kesulitan masalah keuangan
Awal mula saya mengamalkan Pesugihan Tanpa Tumbal karena usaha saya bangkrut dan saya menanggung hutang sebesar 750juta saya sters hamper bunuh diri tidak tau harus bagaimana agar bisa melunasi hutang saya, saya coba buka-buka internet dan saya bertemu dengan hj.abdul malik, awalnya saya ragu dan tidak percaya tapi selama 3 hari saya berpikir, saya akhirnya bergabung dan menghubungi HJ. ABDUL MALIK kata Pak Hj.Abdul Malik pesugihan yang cocok untuk saya adalah pesugihan penarikan uang gaib 3Milyar dengan tumbal hewan, Semua petunjuk saya ikuti dan hanya 1 hari Astagfirullahallazim, Alhamdulilah akhirnya 3M yang saya minta benar benar ada di tangan saya semua hutang saya lunas dan sisanya buat modal usaha. sekarang rumah sudah punya dan mobil pun sudah ada. Maka dari itu, setiap kali ada teman saya yang mengeluhkan nasibnya, saya sering menyarankan untuk menghubungi Hj. Abdul Malik di 0853 9832 1375 situsnya
>>>> KELIK DISINI UNTUK PESUGIHAN <<<< agar di berikan arahan. Toh tidak langsung datang ke jawa timur, saya sendiri dulu hanya berkonsultasi jarak jauh. Alhamdulillah, hasilnya sama baik, jika ingin seperti saya coba hubungi hj.abdul malik pasti akan di bantu
Apa bezanya Riadah dan Rekreasi? Riadah dalam Bahasa Melayunya Rekreasi atau recreation(dari kata "RE+Create+Tion), harap kita perlu tegas, bersemangat mengunakan kata bahasa melayu yang sesungguhnya, kurangkan bahasa rojak yang merosakan bahasa Melayu, kurangkan peminjaman bahasa asing eropah terutama dari Inggeris dan Belanda. jika Bahasa Thai, Korea boleh melakukan tanpa pinjam, mengapa tidak B.Melayu? banyak kata seperti "Santai, Riadah, Libur, Liburan, Percutian, Pelancongan, Wisata, Pelancong, Melancong) yang terkait dengan "Tourist, Vacation, Holiday, Recreation ada dalam B.Melayu. kita tak boleh ikut contoh B.Filipina yang seperti bahasa pidgin, bahasa campur English+Sepanyol dans sedikit akar bahasa asal. mahukah kita bahasa melayu menjadi bahasa yang tidak bermutu??(quality)
Esei yang bermanfaat mudah - mudahan dapat membantu saya menjawab dalam exam nnti..amiin
tahun bila eh nih
Padu sial
Lawa lah
Thank you
karangan ini sangat baik ,terima kasih.
from: angel
i also think it
from:Jun Le
thank you isi sangat membantu
Penggunaan yang paling tepat ialah mengalami tekanan
sangat membantu.Teruskan usaha ya!
Post a Comment