Saidina
Abu Bakar pernah berkata : Terdengar Saidina Abu Bakar akan ucapan Nabi
Muhammad: Barangsiapa yang menuntut walau satu bab ilmu sahaja pun, nescaya
Allah menjanjikannya sehelai selendang kemuliaan.
Berdasarkan kata-kata di atas,jelaslah
bahawa kita perlu menuntut ilmu. Untuk menuntut ilmu, kita perlu membaca. Frasa
menuntut ilmu bukan mengongkong masyarakat kita dengan hanya membaca
bahan-bahan berkaitan pendidikan dan pembelajaran bahkan juga berkaitan ilmu
kehidupan sebagaimana yang terkandung dalam karya sastera yang terbahagi kepada
beberapa genre seperti puisi, drama dan novel. Masyarakat kini acapkali
mengatakan bahawa membaca adalah perkara yang membosankan dan hanya ulat buku
yang membaca sehinggakan mereka yang membaca digelar, ‘budak skema’, ‘budak
genius’, ‘si nerd’, dan sebagainya. Jangan salah sangka bahawa buku hanya
tulisan semata-mata tanpa membawa apa-apa keindahan dan pengertian dalam
kehidupan. Banyak faedah yang boleh diperoleh apabila kita membaca karya
sastera.
Antara faedah apabila kita membaca
karya tersebut ialah kita akan memperoleh pelbagai pengajaran yang berguna.
Pengajaran ini boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian bukan sahaja
sehari, seminggu, sebulan atau setahun bahkan berdekad lamanya. Hal ini dapat
dilihat sebagaimana yang terdapat dalam novel ‘Kabus di Perbukitan’ karya
Muhammad Kholid Hamzah. Watak utama dalam novel ini, Faridah memaparkan
ketabahan dan kegigihannya dalam mengharungi kehidupan yang fana ini. Dia tabah
menghadapi kehilangan kembarnya, ibunya dan suaminya lantas meninggalkan
dirinya keseorangan di dunia. Penghijrahannya ke New Zealand membuka lembaran
baru buat dirinya dimana setiap kepayahan dan kesusahan yang dialaminya selama
ini dibalas dengan kebahagiaan dan kegembiraan apabila bertemu dengan Saleh
Johnsons dan telah dikurniakan dua cahaya mata. Daripada kegigihan dan
ketabahan Faridah, dapat kita aplikasikan dalam menjalani kehidupan yang penuh
onak dan duri demi sebuah kehidupan yang akhirnya bahagia. Oleh itu, benarlah
bahawa membaca karya sastera memberikan banyak faedah.
Selain itu, rasa kasih dan cinta
akan bahasa ibunda kita juga dapat dipupuk apabila membaca karya-karya
tersebut. Hal ini dapat dilihat dalam sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’, dimana bahasa
Melayu diagungkan dan ditinggikan martabatnya yang kini semakin hanyut ditelan
arus kemodenan. Sajak ‘Dirgahayu Bahasaku’ melahirkan rasa bangga dalam diri
pembaca yang bertutur dalam bahasa Melayu. Mereka yang bertutur dalam bahasa
Melayu yang mantap bukan menunjukkan bahawa mereka skema atau ulat buku tetapi
mereka menyayangi dan mencintai bahasa Melayu tanpa mencampuradukkan bahasa
Melayu dengan bahasa Inggeris atau bahasa lain sebagaimana yang dilakukan oleh
anak muda kini. Oleh itu, jelaslah bahawa membaca karya sastera boleh memupuk
rasa kasih dan cinta akan bahasa Melayu kerana sesungguhnya ‘takkan Melayu
hilang di dunia’.
Di samping itu, pembacaan karya
sastera juga akan dapat melahirkan generasi yang bersemangat dan berani. Hal
ini dapat dibuktikan apabila kita membaca drama ‘Gelanggang Tuk Wali’. Dalam
drama ini, seni silat merupakan tradisi orang Melayu yang menjadi topik utama
dalam perjalanan drama ini. Semangat anak muda dalam mendalami ilmu seni silat
ini, menggambarkan betapa kukuh dan ampuhnya kekuatan seni ini sehingga dapat
mengawal emosi dan pergerakan seorang pesilat meskipun dia telah dituduh
membunuh dan kehilangan orang yang menjadi idolanya selama ini. Peristiwa ini
dapat mewujudkan perasaan semangat dan berani dalam terus menjalani kehidupan
yang penuh pancaroba meskipun pelbagai halangan dan rintangan terus kita
hadapi. Jelaslah bahawa membaca karya sastera memberikan faedah yang baik dan
hal ini perlu terus dipupuk agar rakyat negara ini terus berjaya kerana ‘bangsa
membaca, bangsa berjaya’.
Tambahan lagi, dengan pembacaan
karya-karya sastera, pembaca akan dapat mengenali bakat-bakat penulis negara
sekali gus turut mendorong pembaca untuk turut sama menulis justeru melahirkan
masyarakat Malaysia yang berprinsip dan mempunyai falsafah hidup untuk terus
berusaha demi menikmati kemanisan sebuah kejayaan. Hal ini dapat dilihat
daripada kisah seorang penulis yang bernama Norhayati Berahim. Dulu, dia
hanyalah seorang penulis yang menulis dan karyanya diterbitkan oleh syarikat
lain. Kini, dia telah menulis dan menerbitkan sendiri karyanya. Norhayati
Berahim juga turut menerbitkan hasil tulisan penulis muda tanah air. Hal ini
akan memajukan lagi industri penulisan Negara lantas melahirkan sebuah negara
yang celik ilmu di samping kemajuan dan kemodenan yang dimiliki. Oleh itu,
jelaslah membaca karya sastera akan melahirkan insan yang berprinsip dan
berjaya.
Akhir sekali, pembaca akan dapat
menimba pengalaman meskipun tidak mengalaminya sendiri. Hal ini dapat dilihat
daripada novel-novel yang bertemakan persahabatan dan percintaan yang banyak di
pasaran buku negara kini. Novel ini akan mengajar remaja terutamanya agar tidak
salah pilih kawan dan memotivasikan mereka untuk terus berjaya dalam kehidupan
sebagaimana yang terdapat dalam novel ‘Meniti Mimpi’ karya Pitteriah Abdullah.
Novel ini mengisahkan pertemuan dua orang sahabat dan bersama-sama dalam
mengharungi onak dan duri kehidupan hingga ke akhir hayat. Oleh itu, benarlah
membaca karya sastera akan memberi pengalaman kepada pembaca.
Kesimpulannya, pembacaan karya
sastera bukanlah satu perkara yang membosankan sebaliknya membaca karya sastera
adalah satu perkara yang mencabar dan memberi banyak faedah. Oleh itu,
membacalah kerana segalanya ada dalam senaskah buku berbanding laman sesawang
yang menjadi kegilaan remaja kini.
Oleh
: Nurdiana binti Nordin
17 comments:
Terima kasih kak..tuk karangan nie....♡������
hai
terima kasih, artikelnya menambah wawasan saya akan kegunaan sastra dari sudut oandang yang bebeda. salam
good
Bye...
salam cikgu, saya minta izin utk guna sebahagian esei ini sebagai rujukan dan isi kepada karangan saya. Terima kasih.
wow karangan yang baik daripada pengarang yang baik
mintak halal sebagai rujukan
blog ni sngt brgune
terima kasih utk tolong saya
terima kasih utk tolong saya
Terima Kasih :) :)
Bubye
Terima kasih cikgu.👍🏻🙏🏻
thank you
Thank you kerana memberi inspirasi ❤
terimakasih krna mengajar
Post a Comment