“Jika kita ingin melihat dunia pada masa hadapan,
lihatlah pemuda-pemudinya yang hidup pada hari ini”. Demikianlah pepatah Arab
yang mengetengahkan betapa besarnya peranan remaja pada masa ini. Adakah
remaja pada hari ini hebat-hebat belaka
sehingga dipertanggungjawabkan sedemikian? Sejauh manakah ilmu seseorang remaja
itu untuk mendominasi masa hadapan yang cemerlang, gemilang dan terbilang? Di
sinilah terletaknya martabat ilmu yang sangat tinggi nilainya untuk dimiliki
oleh seseorang remaja. Namun, apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan
untuk menjadi remaja yang berilmu?
Pertama, remaja tersebut hendaklah mempunyai kerajinan
yang tinggi agar tidak alpa dalam kehidupan materialistik masa ini. Kerajinan
yang dimaksudkan ialah kerajinan yang menjurus kepada ketekunan remaja tersebut
untuk mengulang kaji pelajaran, membuat latihan kendiri, dan menyiapkan kerja
sekolah yang telah dibekalkan oleh guru mereka. Ketelitian dan kesabaran dalam
menyelesaikan tugasan yang diberi perlu dititikberatkan supaya seseorang itu
dapat melatih diri untuk menulis jawapan yang betul dan padat. Latihan secara
berperingkat-peringkat perlu dipantau oleh ibu bapa atau guru-guru mereka
secara aktif.
Seterusnya, seseorang remaja perlulah bijak mengurus masa
dalam kehidupan sehariannya memandangkan masa itu emas. Bagi mengendalikan
pengurusan masa yang terkawal, remaja tersebut digalakkan untuk mewujudkan
jadual hariannya untuk belajar tetapi masih fleksibel untuk dirinya melakukan
perkara lain. Jadual hariannya mestilah merangkumi setiap mata pelajaran yang
dipelajarinya dan dibahagikan masa secara adil, bak kata peribahasa, seduit
dibelah tujuh. Aktiviti riadah juga signifikan untuk mereka merehatkan minda
daripada kekusutan yang dialami sekiranya balajar secara berterusan. Mereka
bolehlah melakukan aktiviti senggang seperti berjoging, mendengar muzik,
berbasikal dan sebagainya.
Selain itu, untuk menjadi remaja berilmu, individu
tersebut hendaklah memiliki disiplin yang cemerlang kerana disiplinlah yang
membentuk jati diri seseorang. Patuhilah peraturan-peraturan sama ada di
sekolah, di rumah dan sebagainya. Remaja yang bedisiplin dapat mengawal tingkah
lakunya dengan baik tanpa teguran daripada mana-mana pihak. Contohnya ialah
dating awal ke sekolah, mematuhi peraturan sekolah, tidak merosakkan
harta-benda sekolah, dan tidak melakukan jenayah. Maka, remaja itu harus berwaspada
dengan keadaan di sekitarnya dan tidak mudah dipengaruhi. Jati diri yang kental
sentiasa mengatakan ‘tidak’ kepada sesuatu perkara yang negatif.
Dari perspektif yang lain pula, sikap merendah diri juga
perlu untuk menjadi remaja yang berilmu. Jadilah seperti padi yang semakin
berisi, semakin tunduk dan bukanlah lalang yang semakin berisi, semakin tegak.
Elakkanlah sikap membangga diri dengan ilmu yang kita miliki. Kita sepatutnya
merendah diri dengan bertanya kepada guru tentang apa yang tidak difahami
sepenuhnya. Dengan ini, kita dapat mengetahui dengan selanjutnya mengenai
sesuatu perkara. Bukankah semakin bertambah ilmu kita?
Langkah seterusnya untuk menjadi remaja yang berilmu
ialah seseorang itu perlulah menjadikan dirinya sebagai ulat buku. Pelbagai
bahan bacaan boleh didapati dewasa ini melalui pelbagai sumber termasuklah
pusat sumber, melayari internet, dan juga daripada kedai-kedai buku seluruh
negara yang banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Remaja seharusnya
mengambil langkah bijak dengan membaca bahan-bahan ilmiah dan bukan sahaja
majalah hiburan serta komik. Cukuplah sekadar sebuah buku setiap hari. Jika
berkesempatan, tambahlah bahan bacaan ilmiah supaya akal kita sentiasa
berkembang dengan input-input baru daripada bahan yang telah dibaca.
Wawasan hidup juga amat penting untuk menjadi remaja yang
berilmu. Seorang remaja yang berwawasan akan bersungguh-sungguh untuk mengejar
hala tuju yang diimpikan. Setiap perkara yang diidam mesti diikuti dengan usaha
yang secukupnya kerana yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak
datang melayang. Misalnya, jika remaja tersebut bercita-cita tinggi untuk
menjadi seorang ahli astronomi, mereka perlulah belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk menggapai wawasan hidupnya. Sudah terang lagi bersuluh
bahawa, tanpa ilmu siapalah kita untuk mengejar angan-angan sedemikian.
Janganlah kita menjadi seperti Mat Jenin yang hanya tahu berangan-angan kosong.
Kesimpulannya, pelbagai perkara boleh dilaksanakan untuk
menjadi remaja yang berilmu. Remaja yang bijak mengambil kesempatan pasti
menjadi remaja yang berilmu. Setiap perkara yang dihajati haruslah diiringi
dengan usaha yang proaktif selain berdoa kepada Tuhan bagi mencapai hajat kita.
Remaja dewasa ini perlulah menggunakan ruang dan peluang yang ada di depan mata
dengan sebaik mungkin kerana pisang tidak berbuah dua kali. Dengan ilmu, remaja
mampu menggegarkan dunia ini dengan pelbagai transformasi positif bagi membina
pembangunan dan kemajuan yang utuh lagi kukuh jika acuannya juga mantap dan
kental.
Nur Anisa Atirah bt Fadzil
5SC1
3 comments:
Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...
saya IBU ENDANG/SURWANTO seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547
Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua
Bonus yang diberikan NagaQQ :
* Bonus rollingan 0.5%,setiap minggunya
* Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
* Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah
* Minimal Depo 15.000
* Minimal WD 20.000
Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
* Poker Online
* BandarQ
* Domino99
* Bandar Poker
Info Lebih lanjut Kunjungi :
Website : AGEN BANDARQ NagaQQ
Post a Comment