Bahan Pengajaran Bahasa Melayu SPM
Waktu
About Me
- Noraini Ismail
- Mengajar Bahasa Melayu selama 26 Tahun.(1985-1992,di SMB St.Thomas, Kuching, Sarawak),(1992-1997, SMK Tengku Temenggong Ahmad,Kundang Ulu,Muar),(1997-2003,SMJK Pei Hwa,Sungai Mati,Muar,Johor),(2003 hingga kini, di SMK(P)Sultan Abu Bakar, Muar, Johor). Kini menjadi Guru Cemerlang Bahasa Melayu DG52.
Bahas Ala Parlimen
Pertandingan Forum Remaja
Pidato Piala DiRaja
Followers
Blog Archive
-
▼
2013
(15)
-
▼
April
(15)
- Ciri-ciri Remaja Berilmu
- Cara-cara Mengatasi Tekanan
- Usaha-usaha Menceriakan Kawasan Sekolah
- Kepentingan Semangat Kejiranan
- Memupuk Minat Membaca Sastera
- Peranan Ibu Bapa Dalam Memupuk Amalan Menabung Dal...
- Peranan Semua Pihak Dalam Memupuk Minat Membaca Da...
- Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia
- Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat
- Bahagian A - Kebaikan Aktiviti Riadah Dan Rekreasi
- Keluarga Impian Saya
- Faedah Membaca Karya Sastera
- Kepentingan Memiliki Ilmu Pengetahuan
- Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan
- Ciri-ciri Remaja Berwawasan
-
▼
April
(15)
FAKTA
|
HURAIAN
|
1.
Gotong royong membersihkan kawasan sekolah dan bilik
darjah
|
Ayat huraian : -semua pelajar ambil inisiatif menyertai
aktiviti gotong-royong
Ayat contoh : -menghadiri gotong-royong yang diadakan
pada hari Sabtu
Ayat huraian : -melibatkan diri secara sukarela, tanpa
mengharapkan ganjaran, berusaha
gigih tanpa
mengenal erti jemu semasa menjalankan aktiviti
Ayat contoh :- membersihkan longkang yang tersumbat,
membersihkan tandas,
memangkas pokok
bunga
Ayat huraian :-pelajar bertanggungjawab jaga
kebersihan+keceriaan kelas
Ayat contoh : -sediakan jadual tugas harian, bersihkan
bilik darjah, semua pelajar
laksanakan kewajipan dan tugas
ikut giliran
- harapan memenangi
pertandingan keceriaan kelas
Ayat penegas :-berganding bahu, memberi kommitmen tinggi
dalam menjayakan aktiviti
menceriakan sekolah
Peribahasa: bagai aur dengan
tebing/muafakat membawa berkat
|
2.
Menghijaukan kawasan sekolah
|
Ayat huraian :-menanam pokok bunga di sekeliling
sekolah
Ayat contoh :-melibatkan diri dalam kempen Hijaukan
Bumi: Satu Warga, Satu Pokok
Ayat huraian :-mewujudkan taman bunga, Taman Herba
Ayat contoh :-mengindahkan sekolah/pelajar mengenal
pelbgai spesis tanaman
Ayat huraian :-persatuan sekolah diberi tanggungjawab
untuk memelihara dan menjaga
Taman bunga tertentu
Ayat
contoh :-Persatuan Sains menjaga
Taman Herba
Peribahasa:
sambil meyelam minum air/ringan tulang/sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
|
3.
menaik taraf dan membaiki prasarana dan
infrastruktur sekolah
|
Ayat
huraian :-mengecat bangunan dan kemudahan
sekolah
Ayat
contoh :-mengecat semula pintu,
almari, bangku yang usang
Ayat
huraian :-memberi sumbangan dalam
bentuk kewangan
Ayat
contoh :-membeli cat, barang hiasan
dll
Ayat
huraian :-membaiki kemudahan yang
rosak
Ayat
contoh :- membaiki meja, kerusi yang
rosak, aplikasikan kemahirn hidup yg
Dipelajari, jimat
kos utk beli yg baru
Peribahasa: kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan
dapat sagunya
|
4.
Mencantikkan kawasan sekolah
|
A.H: Mewujudkan mural yang
cantik dan menarik
A.C: Melukis mural mengikut
tema tertentu spt alam sekitar, gaya hidup sihat, menjauhi dadah dll
A.H 2: Melukis banner dan
meletakkan banner atau papan tanda yang berwarna-warni
A.C 2: Memaparkan nilai
estetika dan informasi penting
A,H 3: Menghiaskan koridor
dengan pokok yang cantik
A.C 3: Menyusun pokok bunga
yang pelbagai warna di sepanjang koridor
Peribahasa: ada jalan, ringan tulang
|
5.
Melibatkan diri dalam kempen yang berkaitan dengan
usaha menceriakan sekolah
|
A.H 1: Persatuan Alam Sekitar
mengambil prakarsa menganjurkan kempen
A.C 1: Kempen ‘Alam Sekitar
Sahabat Kita’ atau Kempen ‘Keceriaan Sekolah Jaminan
Kecemerlangan Individu’
A.H 2: Individu membawa pokok
yang reneh sebagai usaha menyokong kempen
A.C 2: Bonzai atau kaktus bagi
menghiaskan kawasan dalaman spt makmal, bilik darjah, pejabat
A.H 3: Pelajar menyertai
program Toyota Eco Youth
A.C 3: Mengklasifikasikan
bahan buangan dan membuang ke dalam tong kitar semula/ menggunakan tong kitar
semula secara optimum
A.H 4: Menggunakan semula
bahan terpakai untuk menghias kawasan sekolah
A.C 4: Membuat arca daripada
tin aluminium/ melestarikan landskap dengan menggunakan botol plastic
Peribahasa: hati hendak semua
jadi
|
6.
Melaksanakan program ‘3K’ iaitu Kebersihan,
Keceriaan dan Keselamatan
|
A.H 1: Melukis tanda/ gambar
di tempat yang bahaya/ tinggi sbg amaran kepada pelajar
A.C 1: Melukis garisan kuning
di tempat yang merbahaya
A.H 2: Mencipta slogan atau
cogan kata yang unik dan bermakna untuk kepentingan keselamatan pelajar
A.C 2: Kata-kata spt ‘Hargai
Nyawa Anda’ dan ‘Awas’
A.H 3: Menyumbang idea bagi
menjemput pihak-pihak berkuasa bagi memberi taklimat-taklimat ringkas
berkaitan dengan bantuan kecemasan
A.C 3: Menjemput pihak bomba
bagi memberi maklumat kecemasan berkaitan dengan kes kebakaran
A.H 4: Membantu menampalkan
pelan kecemasan kebakaran di pintu kelas masing-masing
A.C 4: Boleh mengikut
jalan-jalan yang selamat apabila kes kebakaran berlaku/ tidak menjejaskan
keselamatan masing-masing
Peribahasa: hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
|
Sedarsawasa yang
lalu,karya sastera amat di minati oleh semua bangsa di Tanah Melayu.Karya
sastera juga boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan dunia
masyarakat dan zamannya.Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya
kreatif yang asli dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat Sasterawan Negara
yang ternama dan terbilang.Saban hari, karya sastera semakin hilang ditelan
zaman yang serba canggih dan moden.Pemuda dan pemudi pada zaman canggih
ini,kurang meminati karya sastera kerana mereka tiada masa untuk membaca
sesuatu karya sastera seperti cerpen,drama,sajak puisi dan
sebagainya.Justeru,kerajaan perlu mengambil usaha-usaha yang drastik untuk
memupuk minat membaca karya sastera di kalangan masyarakat agar karya sastera tidak
lupus ditelan zaman yang serba moden.
Usaha yang kedua adalah mengadakan
kempen membaca secara besar-besaran bagi memupuk minat membaca di kalangan
pelajar mahupun masyarakat.Justeru,untuk menghasilkan sebuah karya yang baik
memupuk minat membaca di dalam diri
seseorang merupakan satu intensif yang bijak.Dengan wujudnya minat membaca para
pelajar mahupun masyarakat dapat memperolehi perkataan yang baru dan indah
sebutannya untuk menghasilkan karya
sastera yang baik.Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap
lagi,agar minat membaca dan minat terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja.Melalui kempen
seperti ini,para pelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat pelbagai jenis
karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun sasterawan Negara.Contohnya,kempen
ini perlu dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap
membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat dikembangkan dan
diperluaskan dengan lebih pesat lagi.
Usaha yang seterusnya
adalah menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan
pengajaran di dalam bilik darjah.Sekiranya cara ini dijalankan,kemungkinan
besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan di dalam diri para pelajar
dan juga guru-guru.Terdapat juga guru yang tidak tahu apa itu karya
sastera,Walaupun tugasnya sebagai
seorang guru, belum pasti guru itu tahu apa yang dimaksudkan dengan karya
sastera.Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa
pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah,secara automatiknya para pelajar
akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera.Pihak sekolah atau pihak
yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar minat terhadap
karya sastera tidak akan hilang dari
jiwa para pelajar mahupun guru-guru.Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran
bahasa melayu agar guru dapat menerangkan dengan lebih terperinci,memberi
perhatian semasa guru mengajar.Guru juga perlulah memberi komitmen yang terbaik
sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera.
Selain itu,kementrian
pelajaran perlulah mengadakan minggu sastera seperti minggu yang diadakan
sekarang.Seperti,minggu bahasa melayu,minggu bahasa inggeris dan sebagainya.Dengan
adanya minggu sastera ini,karya sastera tidak akan lupus ditelan zaman dan para
pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera.Minggu sastera ini juga
dapat memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk membaca karya
sastera.Melalui minggu sastera ini,pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat
baru untuk menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karya
sastera.Secara tidak langsung,minggu sastera ini dapat memberi input yang
positif terhadap usaha kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera di
kalangan para pelajar,guru-guru dan juga masyarakat.Dengan wujudnya minggu
sastera di semua sekolah di
Malaysia,minat membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman.
Usaha seterusnya adalah
memperluaskan perpustakaan di sekolah dan memperbanyakkan buku tentang karya
sastera di perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan awam.Setiap sekolah
mempunyai perpustakaan sendiri,namun kadar kemasukan para pelajar sangat
mengecewakan.Untuk memupuk minat membaca karya sastera dn juga minat membaca
buku,kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di
sekolah.Contohnya,sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis
buku dan juga karya sastera,menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan
sebagainya.
Dengan wujudnya usaha-usaha
yang drastik dan konkrit,masalah memupuk minat membaca karya sastera dapat
diatasi dengan begitu mudah sekali.Pihak kerajaan dan pihak sekolah juga perlu
berusaha untuk memupuk minat membaca karya sastera dikalangan para pelajar
mahupun masyarakat.”PUPUKLAH MINAT MEMBACA KARYA SASTERA DARI KECIL”
Peranan Semua Pihak Dalam Memupuk Minat Membaca Dalam Diri Masyarakat Malaysia
Posted by Noraini Ismail