Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam : 
1.1 Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan
1.2 Melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa yang jelas dan berkesan.
1.3 Menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan keadaan yang sesuai.
1.4 Menulis dengan bahasa yang kemas, lancar, dan jelas, struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk karangan.
Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan  (30 markah)
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT  |    MARKAH  |    KRITERIA  |   
CEMERLANG  |    26   – 30 (28   – 30) (26   – 27)  |    ·          Karangan   menepati tugasan bahan rangsangan. ·          Bahasa   gramatis dari segi kata dan ayat.    Penggunaan tanda baca betul dan tepat.    Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.  Penggunaan kosa   kata luas dan tepat. ·          Wacananya lengkap.  Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan   menggunakan ungkapan yang menarik. ·          Isi relevan dengan tema   bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. ·          Pengolahan   menarik dan berkesan serta dihuraikan dengan matang.  |   
Bahagian B : Karangan Respons Terbuka (100 markah)
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT  |    MARKAH  |    KRITERIA  |   
CEMERLANG  |    80 – 100 (90 – 100) (80 – 89)  |    ·          Menepati   tugasan. ·          Idea yang relevan mengikut tugasan,dihuraikan dengan jelas dan matang,disertakan dengan   contoh yang sesuai. ·          Penggunaan   pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. ·          Penggunaan   kosa kata luas dan tepat. ·          Ejaan dan   tanda baca betul ·          Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis. ·          Laras bahasa   sesuai dengan tugasan ·          Penggunaan    unsur bahasa bervariasi. ·          Gaya   bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti   peribahasa,pantun,cogan kata atau frasa. ·          Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai ·          Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang   jelas antara perenggan  |   
Kesalahan-kesalahan yang perlu dielakkan oleh calon:
         (        )                  = Kesalahan isi
_________                   = kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan
          /                  = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas)
//                 = Kesalahan  ejaan dan huruf besar yang
                      berulang

0 comments:
Post a Comment