“Membaca itu jambatan ilmu,” merupakan
satu kata-kata hikmat yang jelas menunjukkan kepentingan amalan membaca dalam
hidup kita. Kendatipun begitu, kata-kata
hikmat ini sering dipandang enteng oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia
terutamanya para remaja yang akan menjadi pemimpin negara pada suatu masa
kelak. Masyarakat Malaysia sering kali menganggap bahawa amalan membaca itu
bukan sekadar untuk lulus peperiksaan semata-mata tetapi juga untuk mengetahui
keadaan semasa, meluaskan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian,
setiap pihak haruslah melaksanakan obligasi masing-masing untuk memupuk tabiat
suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia
Ibu
bapa merupakan insane yang memainkan peranan signifikan untuk memupuk tabiat
suka membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Confucius, “ keluarga
merupakan unit asas pembentukan masyarakat”. Kata-kata ini jelas menunjukkan
pembentukan peribadi seseorang individu
bermula daripada keluarga dan keluarga itu pula lahir dengan sepasang ibu bapa.
Dalam hal ini, sebagai insane yang paling penting, ibu bapa perlulah menjadi
entity mithali yang terbaik bagi anak-anak. Ibu bapa mestilah menunjukkan uswah
terbaik dengan mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-anak. Hal ini
demikian kerana, apabila ibu bapa hanya menasihati anak-anak supaya membaca
tetapi mereka sendiri tidak menunjukkan teladan yang baik, pasti anak-anak akan
mempersoalkan sebab mereka perlu membaca, sedangkan ibu bapa mereka tidak perlu
membaca. Oleh hal yang demikian, sebagai insan yang terdekat dengan anak-anak,
ibu bapa perlulah mengamalkan amalan membaca di hadapan anak-anak sama ada
membaca akhbar, buku ilmiah, novel dan sebagainya. Dengan adanya contoh yang
baik di hadapan anak-anak, barulah ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya
membaca pada saat itu, anak-anak tidak akan mempersoalkan lagi sebab mereka
perlu membaca, seperti cogan kata, “ kepimpinan melalui teladan.”
Bukan
itu sahaja, ibu bapa juga perlulah membelanjakan sedikit daripada wang
pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan untuk anak-anak. Ibu bapa
seharusnya tidak kedekut dalam membelanjakan sebahagian daripada wang
pendapatan mereka untuk membeli bahan bacaan kerana mereka perlu sedar bahawa
yang dibelanjakan oleh mereka itu tidak sia-sia dan bakal menjadi sesuatu yang
berguna untuk anak-anak mereka sebagai peneraju masa hadapan, seperti kata-kata
seorang tokoh, “ masa hadapan itu dibeli oleh masa sekarang.” Apabila ibu bapa
sudi membelanjakan sebahagian daripada wang mereka untuk membeli bahan bacaan
untuk anak-anak, pasti anak-anak akan lebih mudah mendapatkan bahan bacaan dan
tidak perlu ke mana-mana untuk mendapatkan bahan bacaan sekali gus meningkatkan
minat membaca dalam diri anak-anak. Seiring dengan itu, selain sebuah keluarga
ini dapat membentuk sebahagian masyarakat, apabila anak-anak kecil ini keluar
dari rumah mereka dan membaca di hadapan masyarakat lain, pasti masyarakat lain
akan mencontohi perbuatan anak-anak kecil ini sebagai orang yang lebih dewasa,
pasti mereka akan berasa malu terhadap anak-anak kecil ini. Hal ini demikian
kerana, apabila masyarakat yang lebih dewasa melakukan kerja yang sia-sia,
dalam mengisi waktu lapang mereka, pasti akan terdetik dalam sukma mereka,
sedangkan anak kecil ini lebih menghargai masa dengan memenuhkan masa lapang
mereka dengan membaca, mengapa mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman
tidak melakukan hal yang yang sama. Dengan itu, secara implisit, tabiat suka
membaca dalam diri masyarakat Malaysia dapat dipupuk.
Selain
itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan untuk memupuk tabiat membaca dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan bolehlah mengadakan
kempen-kempen yang menggalakkan amalan membaca. Pihak kerajaan seharusnya
menggunakan sebahagian daripada pendapatan negara untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat
Malaysia. Bagi golongan miskin pula, dalam menjayakan kempen memupuk budaya
membaca ini, pihak kerajaan bolehlah membantu warga miskin ini dengan
memberikan buku-buku percuma kepada mereka. Dengan adanya buku-buku mahupun
bahan-bahan bacaan yang percuma, pasti kempen ini dapat dijayakan oleh seluruh
rakyat Malaysia kerana tidak timbul lagi masalah ketiadaaan bahan bacaan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Pihak kerajaan juga seharusnya tidak memandang
enteng terhadap usaha mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca dalam diri
masyarakat kerana dengan adanya usaha yang bersungguh-sungguh dan beristiqamah oleh pihak kerajaan, pasti
matlamat kudsi kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang minat membaca dapat
diwujudkan. Pihak kerajaan seharusnya tidak takut akan kegagalan usaha mereka
ini, seperti kata-kata Phytagoras, “ kegagalan bukanlah bererti kemusnahan
tetapi jadikanlah kegagalan itu sebagai lanjakan untuk mencapai kejayaan”. Oleh
itu, wajarlah pihak kerajaan mengadakan kempen untuk memupuk minat membaca
dalam diri masyarakat kerana “ belum cuba, belum tahu.”
Media
massa juga berperanan penting untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat. Media massa seperti televisyen, internet, radio dan sebagainya
penting dalam menghebahkan kepada masyarakat tentang kepentingan tabiat
membaca. Dalam hal ini, pihak-pihak yang terlibat seperti penerbit stesen
televisyen haruslah mengadakan satu dokumentasi yang memaparkan kepentingan
membaca dalam kehidupan dan menayangkannya di televisyen. Dengan ini,
masyarakat yang cetek ilmu tentang kepentingan membaca akan lebih tahu mengapa
membaca itu penting dalam kehidupan mereka. Drama pendek yang berkaitan dengan
kepentingan membaca juga boleh dipertontonkan di televisyen kerana mesej yang
disampaikan oleh drama-drama yang ditayangkan di televisyen akan meresap dengan
lebih mudah dalam jiwa masyarakat Malaysia. Hal ini demikian kerana, jiwa
masyarakat selalunya lebih tertarik dengan dunia hiburan. Jadi, sebagai pihak
media massa yang prihatin, mereka seharusnya lebih kreatif dalam melaksanakan
usaha untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar
Malaysia terus maju seiring dengan arus globalisasi.
Pihak
sekolah juga menggalas tanggungjawab untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, guru merupakan insan terpenting yang
berperanan memupuk minat membaca dalam diri pelajar. Sebagai guru yang
penyayang dan ingin pelajarnya berjaya, pasti guru-guru sedar akan kepentingaan
membaca dalam kehidupan. Guru-guru di sekolah seharusnya bekerjasama dalam
mengadakan pertandingan bagi memupuk minat membaca dalam diri pelajar.
“melentur buluh biarlah dari rebungnya,” jelas menunjukkan dalam usaha
membentuk peribadi seseorang, kita perlulah membentuknya sejak dari kecil lagi.
Guru-guru tadika mahupun guru-guru sekolah rendah memikul tanggungjawab yang
paling penting untuk menerapkan minat membaca dalam kalangan pelajar sekolah
kerana pada saat ini, pelajar-pelajar ibarat kain putih yang belum dicorakkan.
Pada ketika ini, pelajar-pelajar masih belum dapat membezakan antara baik dan
buruk mahupun dosa dan pahala. Oleh itu, apabila guru-guru mengadakan
pertandingan seperti pertandingan membaca paling banyak dan memberikan hadiah
berupa wang tunai dan bahan bacaan kepada para pemenang,pasti pelajar-pelajar
tersebut tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil bahagian sekali gus
mereka akan selalu membaca. Mungkin pada mulanya, pelajar-pelajar ini membaca
kerana ingin memenangi pertandingan tetapi pasti lama-kelamaan minat membaca
akan timbul dalam diri mereka. Oleh hal yang demikian, guru-guru haruslah
menjalankan peranan mereka untuk memupuk minat membaca dalam diri pelajar
sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang minat membaca.
Tidak
kurang juga, syarikat-syarikat seperti Karangkraf, PtsOne dan sebagainya
perlulah menjalankan peranan dengan mengeluarkan bahan bacaan yang sesuai untuk
semua peringkat umur agar masyarakat Malaysia mempunyai lebih banyak pilihan
dalam memilih bahan bacaan yang sesuai dengan umur mereka. Dengan adanya
kepelbagaian bahan bacaan, pasti masyarakat Malaysia akan menjadi lebih
tertarik untuk membaca. Oleh itu, sebagai syarikat swasta yang prihatin dengan
keadaan rakyat Malaysia, mereka haruslah menjalankan peranan mereka dengan
bersungguh-sungguh.
Akhirulkalam,
semua pihak haruslah berganding bahu untuk memupuk minat membaca dalam diri masyarakat dan tidak
melepaskan tanggungjawab itu kepada pihak kerajaan semata-mata kerana “
muafakat membawa berkat.” Semua pihak haruslah bersikap, “ bagai aur dengan
tebing” dalam menjayakan usaha untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia pula, kita seharusnya turut mempunyai
inisiatif dalam mengubah diri bagi memupuk minat membaca dlam diri kita sendiri
kerana “ di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Janganlah kita terlalu
mengharapkan pihak lain dalam membentuk peribadi kita kerana segala-galanya
yang berlaku adalah pilihan kita sendiri.
AUNEE AZRINA ZULKIFLI (5SC1)
7 comments:
Best la! Sy copy sket! 👍
Tahniah..cemerlang...!
Kemah2
Banyak ungkapan yang menarik , kata kata gramatis . As a students of 5ukm , i love it
Kemah sungguh
Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...
Post a Comment