Satu Malaysia
jadi pegangan,
Rukun Negara
teras panduan,
Satu Malaysia
benteng negara,
Rakyat Malaysia taat setia.
Serangkap lagu satu Malaysia di atas
menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia.
Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan
wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang
jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini
demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan
perpaduan kaum di Malaysia.
Antara kepentingan perpaduan kaum di
Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia,
pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di
negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “
rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai
warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza.
Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat
harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang
demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.
Industri pelancongan merupakan salah satu industri
yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam
menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat
Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri
amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini
secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar
seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia
mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong,
perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil
menyelam minum air”.
Selain itu, dengan mengamalkan
perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan
kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku
kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad
dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia
perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, “ bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama
memajukan ekonomi negara.
Keamanan negara turut dapat
dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum,
keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri
sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu.
Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup
yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting
untuk meningkatkan keamanan negara.
Konklusinya, semua pihak harus
berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam
mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu hanya
akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan
sempurna dan bersikap bertolak ansur.
AUNEE
AZRINA ZULKIFLI (5SC1)
8 comments:
Assalammualaikum. Maaf saya ingin bertanya. Bilakah anda mengupload laman ini?
saya jadikan rujukan
Hai,terima kasih diatas kesudian anda memuat naik laman ini yang bertujuan untuk memudahkan semua pihak dalam menguruskan sesuatu perkara.Laman ini dapat menjadikan iktibar serta rujukan kepada semua dalam semua aspek terutama dalam penggunaan peribahasa.Terima Kasih,
Terima kasih.. laman ini amat memudahkan tugasan saya. Semoga admin blog ini mendapat kebaikan yang berlipat kali ganda. ^_^
mohon copy utk jdikn rujukan
Sangat bermanfaat
IBU SARTIKA/SURWANTO seorang TKI DI HONGKONG
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran hongkong
angka yang di berikan waktu itu 4D
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai ..,,,
Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatu...
Mohon ijin berbagi cerita kisah nyata yang benar-benar saya rasakan walaupun itu di larang agama tapi apa boleh buat kondisi sudah tidak memungkinkan... Saya hanya berbagi informasi siapa tau bermanfaat Jika anda butuh angka togel mulai 2D 3D 4D silahkan konsultasi dengan MBAH WIRANG... Duluhnya shi saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel tapi sekarang saya udah percaya karna saya sudah buktikan sendirii... Saya sangat berterima kasih atas bantuan ramalan angka togel ritualnya, Angka yang MBAH berikan kemaren 4D benar-benar tembus 100% dan alhamdulillah semua hutang piutang udah pada lunas... Siapa tau ada salah satu saudara lagi butuh angka togel silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomor>>> 082-346-667-564 Kepercayaan itu adalah suatu keberhasilan dan saya udah rasakan...
Post a Comment