Bunga Melati di
celah baju,
Baju diletak di
tepi balai,
Rakyat berilmu
negara maju,
Aset negara
tidak ternilai .
Nabi
Muhammad pernah bersabda, tuntutlah ilmu sampai ke negerti China. Sabda
junjungan besar umat Islam itu menerangkan kepentingan memiliki ilmu
pengetahuan. Melalui ilmu pengetahuan, negara yang maju akan dapat dibina,
bertepatan seperti serangkap pantun di atas. Namun, generasi masa ini yang
menjadi aset negara begitu memandang enteng akan kepentingan ilmu. Mereka lebih
gemar berfoya-foya dan menghabiskan usia muda dengan berseronok tanpa menyedari
bahawa ilmu merupakan bekalan pada masa hadapan. Pernahkah anda mendengar
slogan “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara?” Slogan ini memperlihatkan
kepentingan generasi yang berilmu untuk mengemudi pelayaran negara menuju ke
arah status negara maju. Jika pada suatu masa nanti generasi yang tidak berilmu
mengambil alih tampuk pemerintahan negara, apakah yang akan terjadi kepada
negara kita. Lebih parah dan menakutkan lagi, negara kita akan dijajah dan
diancam negara lain, sekali lagi. Saya sebagai salah seorang remaja yang bakal
memimpin negara atau mempersiapkan diri untuk menjadi generasi yang berilmu
agar keharmonian, keselamatan, kemajuan dan kesejahteraan negara yang saya
cintai ini dapat terus dinikmati. Persoalannya, apakah peranan yang boleh saya
mainkan untuk menjadi generasi yang berilmu?
Norman
Vince Pale, seorang ahli falsafah Barat pernah berkata, masalah merupakan tanda
kehidupan. Semakin banyak masalah dan cabaran yang kita hadapi, semakin hidup
jiwa kita. Kata-kata falsafah itu menggambarkan bahawa terdapat pelbagai
peranan yang boleh saya mainkan untuk mengatasi masalah generasi tidak berilmu.
Antaranya,
saya perlu banyak membaca bahan-bahan bacaan yang berilmiah untuk meluaskan
pengetahuan saya, selain dapat mengisi masa senggang. Hal ini demikian kerana
membaca jambatan ilmu. Seorang cendekiawan Barat, Mendelir Salamander pernah
mengatakan bahawa buku merupakan wahana paling baik untuk seseorang itu
menambahkan ilmu pengetahuannya. Sebagai contoh, terdapat pelbagai jenis bahan
yang sesuai dijaikan meium penambah ilmu seperti majalah, ensiklopedia dan
bahan-bahan bacaan fiksyen. Antara contoh bahan bacaan yang berilmiah adalah
seperti Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Tunas Cipta, Ensiklopedia Sains
Jacaranda dan sebagainya. Contohnya, Ensiklopeia Sains Jacaranda dapat
menambahkan ilmu tentang fenomena-fenomena sains yang berlaku di sekeliling
kita. Selain itu, novel Zahrah de Tigris karya Khairyn Othman dapat memberi
kita sedikit gambaran tentang kehidupan seorang sukarelawan yang berkhidmat di
negara bergolak, Palestin. Jelaslah di sini bahawa salah satu peranan saya
untuk menjadi generasi yang berilmu adalah memperbanyakkan aktiviti bacaan.
Selain
itu, saya juga berperanan untuk mengunjungi pesta buku dan perpustakaan demi
mempersiapkan diri untuk menjadi generasi yang berilmu. Jika mengimbas kembali
statistik yang pernah didedahkan Perpustakaan Negara Malaysia bahawa masyarakat
Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun,
sudah terang lagi bersuluh bahawa masyarakat Malaysia begitu kurang
membaca, sekaligus kurang berilmu. Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif
untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa
yang diadakan pada bulan April saban tahun dan bertempat di Pusat Dagangan Dunia
Putra. Terdapat pelbagai jenis buku yang dipamerkan dan dijual di situ. Saya
tidak melepaskan kesempatan ini untuk berkunjung ke sana dan membeli beberapa
buah buku, sekaligus menambah koleksi bahan bacaan saya. Saya juga akan
sentiasa berkunjung ke perpustakaan kerana perpustakaan adalah gedung ilmu.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa mengunjungi pesta buku dan perpustakaan dapat
membantu saya menjadi generasi yang berilmu.
Seterusnya,
saya juga akan menggunakan kemudahan jalur lebar seperti Internet untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan. Umum mengetahui bahawa kemudahan seperti
Internet lebih membawa kepada keburukan daripada kebaikan. Namun, saya sebagai
generasi yanng bertamadun dan berwawasan akan menggunakan Internet untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan. Melalui Internet, saya akan dapat mengetahui
fenomena-fenomena alam, binaan-binaan yang menakjubkan seperti piramid di Mesir
dan melihat telatah dan cara kehidupan pelbagai jenis haiwan. Remaja masa ini
telah melakukan pembaziran tenaga elektrik dan masa dengan menyalahgunakan
kemuahan Internet untuk menonton filem-filem porno dan menghabiskan terlalu
banyak masa di laman sosial. Alangkah beruntungnya jika masa yang diperuntukkan
untuk bersembang di laman sosial digunakan untuk mencari ilmu. Tepuk dada tanya
selera.
Di samping
itu, saya akan menyediakan sudut bacaan di bilik saya untuk memudahkan aktiviti
bacaan saya tanpa sebarang gangguan. Semua bahan bacaan saya akan diasingkan
mengikut kategori seperti majalah, novel dan ensiklopedia. Oleh itu, proses
untuk menjadi generasi yang berilmu akan berjalan lancar an saya bebas untuk
membaca dan meningkatkan ilmu. Jika para remaja lain lebih gemar menghias bilik
mereka dengan poster artis pujaan, saya akan menghias bilik saya dengan
buku-buku bertepatan seperti slogan yang dilaung-laungkan pihak Kementerian
Pelajaran malaysia, “Kawanku Buku.”
Selain
itu, saya juga akan menghadiri ceramah atau bengkel-bengkel yang dapat membantu
saya memperkaya ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana, saya dapat menambah
pengalaman selain menambah ilmu. Sebagai contoh, Kem Sahabat Alam yang
dianjurkan oleh majalah Anis telah mendidik saya agar mencintai alam sekitar
selain dapat menambahkan ilmu tentang spesies-spesies pokok yang mewarnai hutan
kita. Selain itu, ceramah yang dianjurkan oleh pihak Hospital Pakar Sultanah
Fatimah yang diadakan pada setiap hari Ahad telah menambahkan ilmu saya tentang kesihatan tubuh badan
manusia. Sesungguhnya, dengan menghadiri ceramah dan bengkel-bengkel yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak, saya dapat mempersiapkan diri untuk menjadi
generasi yang berilmu.
Akhirulkalam,
terdapat pelbagai peranan yang boleh saya mainkan untuk menjadi generasi yang
berilmu. Saya berharap agar usaha-usaha tersebut dapat membantu saya menjadi
generasi yang berilmu dan berwawasan demi menjadi pemimpin negara yang
cemerlang dan mengemudi pelayaran negara ke arah status negara maju.
Farha
Wahidah bt Bahruddin
5
Sains 1/ 2011
0 comments:
Post a Comment