Tema : Aktiviti Rekreasi
|
Tugasan : Kepentingan
Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat
|
Pada era globalisasi ini, masyarakat seakan terlalu sibuk
mengejar kemewahan duniawi lantas sering mengabaikan amalan gaya hidup sihat
terutamanya amalan beriadah atau rekreasi. Hal ini demikian kerana mereka
terlalu memandang enteng kepentingan
aktiviti rekreasi. Tanpa mereka sedari, sebenarnya terdapat varia kepentingan
rekreasi kepada masyarakat.
Antara maslahat rekreasi kepada masyarakat adalah mampu mengeratkan hubungan sama ada
hubungan dengan komuniti setempat mahupun dengan ahli keluarga sendiri. Hal ini
demikian kerana melalui aktiviti rekreasi, individu akan bertegur sapa dengan
individu lain di sekelilingnya, lantas mengeratkan hubungan silaturahim.
Contohnya, melalui amalan rekreasi, kita dapat berbual mesra dengan jiran
tetangga. Jelaslah bahawa, rekreasi mampu mengeratkan hubungan antara individu
dengan individu lain.
Selain itu, aktiviti rekreasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat.
Hal ini demikian kerana melalui aktiviti riadah, masyarakat dapat menghayati
keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang. Contohnya, melalui aktiviti
senaman seperti berjoging, masyarakat akan dapat menghirup dan menikmati angin
sepoi-sepoi bahasa yang segar, seterusnya mampu memberi kedamaian jiwa. Oleh
hal yang demikian, aktiviti rekreasi dilihat mampu menjadi landasan utama
masyarakat bagi melapangkan fikiran.
Di samping itu, amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan. Amalan yang
menyihatkan seperti berjoging, berkhemah mahupun sukan ekstrem seperti aktiviti
terjunan udara mampu meningkatkan kadar kecergasan dan mengelakkan pelbagai penyakit
koronari. Contohnya, melalui aktiviti terutamanya sukan ekstrem yang menjadi kegilaan
pemuda pemudi, anggota masyarakat dapat meningkatkan kadar metabolisme yang
baik untuk tubuh. Sudah terang lagi bersuluh, amalan rekreasi mampu menyihatkan
badan bagi menjayakan visi Malaysia Cergas.
Akhir sekali, aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea atau buah fikiran dalam kalangan
masyarakat. Hal ini demikian kerana, pertukaran idea yang bernas mampu
mematangkan
tahap pemikiran masyarakat. Misalnya, melalui diskusi ringkas dalam kalangan
masyarakat, semangat individualisme dapat dihapuskan dan semangat perpaduan
yang ampuh dapat dilakar. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa rekreasi
mampu merangsang pertukaran idea dan mencegah sikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.
Kesimpulannya, aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai
banyak kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota
masyarakat. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan
aktiviti riadah dalam kehidupan seharian kerana sesungguhnya, minda
yang cerdas terletak pada badan yang cergas.
(360 patah perkataan)
Penskoran :
Peringkat : Cemerlang
|
|
Markah dicadangkan : 26
-27
|
|
Komen :
|
|
1. Takrif
|
menepati tugasan.
|
2. Idea
|
relevan dan dihuraikan dengan baik berserta
contoh yang sesuai.
|
3. Bahasa
|
gramatis, berkesan dan
bervariasi.
|
1 comments:
karangan ini beruntung kepada saya...terima kasih tuan/puan untuk post dalam MR.Google...........
Post a Comment